Blogger Backgrounds

Rabu, 8 Jun 2011

** "Heii!! Tutuplah Aurat.." **

          Assalamualaikum W.B.T...
          Alhamdulillah kerana sudah acap kali Allah SWT sentiasa mengurniakan kita nikmat didunia tanpa putus-putus malahan tidak henti walau sesaat pun dari Allah pada kita. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersyukur pada Allah dengan nikmat yangtelah Dia kurniakan pada kita. Nikmat yang saya maksudkan adalah yang paling pentingiaitu nikmat sihat tubuh badan dan masih diberi peluang untuk hidup didunia milik muthlakNya ini. Jika antum baca entri ini, sedarlah bahawa kita hanya hamba yang sangat hina disisi Allah.. Oleh itu, janganlah kita bersifat keduniaan semata-mata kerana ia bukanlah selamanya..

          Pada entri kali ini, ana ingin meluahkan sedikit pendapat ana mengenai apa itu AURAT kerana apa yang ana lihat pada masa kini, aurat semakin diabaikan. Setiap kali kita ingin menegur orang lain mengenai aurat, jawapan paling kerap didengar adalah 'macam laaa ko baik sgt, blah arr'... Inilah mentaliti manusia akhir zaman. Rakan-rakan,ana bukan sesiapa untuk berbicara mengenai ini tetapi hanya sekadar teguran untuk kitasama-sama berubah ke arah kebaikan InsyaAllah.. Mungkin kita dapat berbangga ketika didunia ini seperti 'Eleh, ape lah sgt aurat tu. Orang lain siap separuh bogel ko pegi laa tegur dia!" tetapi beranikah jika dia menyebutnya di hadapan Allah SWT kelak?? Salah satu contoh yang nyata pada masa kini adalah manusia akhir zaman ini apabila kebanyakkan manusia menzahirkan maksiat dan auratnya di khalayak ramai melalui  FACEBOOK... Janganlah salahgunakan medium itu untuk menunjuk-nunjuk perihal dunia anda pada semua.

          Ok.. Seterusnya ana teruskan dengan apa yang serba sedikit yang ana baca dari sumber-sumber lain dan ana tafsirkan disini mulanya berkenaan 13 aurat wanita dalam Islam:-

1. Bulu kening -
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng -
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan-Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian -
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya. - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi -
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher -
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan -
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata -
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan -
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
Dan dua isi dibawah ini yang PALING BANYAK pada masa kini sama ada tanpa disedari ataupun dengan sengaja.

12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut -
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Berikutnya saya teruskan dengan aurat bagi lelaki pula:-

  1. Situasi pertama : aurat lelaki bersama lelaki                                                                                                               

 - Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.       
 Sabda baginda bermaksud: “Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga  seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.”




  1. Situasi kedua : aurat lelaki bersama Mahra
Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.
Sekiranya mereka termasuk dalam golongan orang yang seperti bapa, adik beradik kandung, bapa saudaranya dan lain-lainnya maka aurat yang mesti ditutupi ialah bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lututnya.


  1. Situasi ketiga : aurat lelaki bersama wanita ajnabi
Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.
Manakala dalam kitab Hidayah al-Sibyan Fi Ma’rifah al-Islam Wa al-Iman mengatakanauratnya seluruh tubuhnya


iaitu tidak harus bagi seorang wanita melihat kepada seorang lelaki yang bukan mahramnya sama seperti tidak diharuskan seseorang lelaki itu melihatnya.
Tetapi jika lelaki itu suaminya, maka tidak timbul masalah aurat di antara keduanya, malah tidak ada apa yang dinamakan aurat di antara mereka.

Firman Allah S.W.T , al-Mukminun: 5 bermaksud:

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali isteri-isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.”




Sekian dulu dari ana, IsyaAllah jika masih diberi peluang dan ruang oleh Allah.. Ana akan menulis lagi... Sekian.. Ana memohon ampun pada Allah dan meminta maaf pada semua, yang baik hanya dari Allah dan yang buruk atas kelemahan ana sendiri.. Assalamualaikum...