Blogger Backgrounds

Jumaat, 2 September 2011

~Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa~

Ikuti suatu kisah yang begitu mengayat hati.. Semoga semua mengambil iktibar... InsyaAllah..

"Mana Mak!"


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."  

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah  sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"   

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


Selepas membaca angkatlah tangan dan berdoa: "Ya Allah, Kau ampunilah dosa kedua ibu-bapaku, panjangkanlah umur mereka Ya Allah, Permudahkanlah segala urusan mereka Ya Allah, Kau tempatkanlah mereka di syurgaMu yang abadi selamanya Ya Allah, Ya Allah aku merayu padaMu, berkatilah segala usaha mereka untuk membimbing dan membesarkan kami dari kecil hingga besar Ya Allah, Robbana atina fiddunya hasanah wafilakhiratihasanah waqinaaza bannar..." 

Selasa, 2 Ogos 2011

~Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~

          Assalamualikum W.B.T. Alhamdulillah kerana masih di beri suatu ruang oleh Allah untuk terus menggunakan nikmatNya didunia. 2 nikmat Allah yang sering kali manusia lupa adalah nikmat senang dan nikmat sihat. disini ana ingin lipat gandakan rasa syukur ana kepada ALLAH SWT kerana masih memberi ruang pada KITA SEMUA untuk menemui dan merasai nikmat Ramadhan. Ramadhan adalah satu bulan keberkatan untuk kita semua menyediakan diri untuk melipat gandakan usaha kita untuk rapat dengan Allah SWT.

          Tahukan anda?? Rasullulah SAW bersabda: "Sekiranya hamba-hamba Allah mengetahui akan kelebihan Ramadhan pastilah umatku akan mengharapkan setahun seluruhnya menjadi Ramadhan". Apa yang ana terdengar tazkirah pendek daripada seorang ustaz mengatakan bahawa Ramadhan hanya dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad... Tidakkah anda sedar betapa istimewanya kita.. 

          Ramadhan baru menjangkau 2 Ramadhan.. Tapi iklan-iklan di TV sudah riuh mempromosikan syawal.. Apakah semua ini?? Ramadhan adalah bulan yg istimewa dengan pelbagai ganjaran yang Allah janjikan.. Tetapi manusia masih lalai dan alpa dengan propaganda yahudi yg ingin merosakkan Islam pada masa kini..

          Antara kelebihan Ramadhan adalah ketika didalam bulan Ramadhan inilah diturunkan Al-Quranul Karim diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ini telah dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran. Seterusnya, ketika bulan Ramadhan Allah tutupkan pintu neraka dan bukakan seluas-luasnya pintu syurga bahkan syaitan-syaitan turut juga dirantai kerana puasa itu dapat menahan daripada melakukan perkara2 yang dilarang.

          Bagi yg berkemampuan pula, apabila menunaikan umrah ketika bulan Ramadhan ia menyamai dengan menunaikan haji."Apabila tibanya Ramadhan kerjakan ibadat umrah kerana satu umrahnya menyamai satu haji" (Riwayat Al-Bukhari). Berikutnya adalah seperti apa yg rakan-rakan semua sudah sedia maklaum iaitu MALAM LAILATUL QADAR iaitu sesiapa yg beribadat dan mendapat kelebihan pada malam ini pahalanya sama dengan 1000 bulan iaitu lebih kurang 83 TAHUN beribadat... SUBHANAALLAH.. Ini ganjaran yg Allah jnjikan pada kita. Sedangkan kita masih alpa dan lalai.

          Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang ana ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Sholih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam sholat ‘Id. Mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Rob kami.

          Berusahalah agar hati kita menyatu dengan Allah swt. Pada malam-malam bulan mulia ini. Sesungguhnya puasa adalah ibadah yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri. 

Hadits Qudsi:
(HR. Ibnu Huzaimah,dlm shahihnya, dari Abu Hurairah sanad sahih)
“Tiap-tiap amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasannya.Dia tidak makandemi mematuhi perintah Ku, dia tidak minum demi mematuhi perintah Ku dan dia tidak mengadakan hubungan seksual dengan isterinya demi mematuhi perintah KU”

Puasa di dalamnya tidak terkandung apa pun selain larangan. Ia harus melepaskan diri dari bermacam keinginan terhadap apa yang menjadi bagian dirinya. Bila kita terhalang untuk berjumpa satu sama lain, maka kita akan banyak berbahagia kerana bermunajat kepada Allah swt. Dan berdiri di hadapan-Nya, khusus-nya ketika melaksanakan shalat tarawih.

Hendaklah senantiasa memastikan bahwa kita semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk beserta dengan Rob kita dengan hati kita pada bulan mulia ini. Ramadhan juga adalah bulan keutamaan. Ia mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah swt. 

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).”
(Al-Baqarah:185)

Allah Yang Maha Benar meletakkan ayat ini di tempat ini untuk menunjukkan bahwa Allah paling dekat kepada hamba-Nya adalah pada bulan mulia ini. Allah swt. telah mengistimewakan bulan Ramadhan. Mengenai hal ini terdapat beberapa ayat dan hadits. 

Rasullulah saw. bersabda, 
“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!’”

sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan kepada Allah..

          Sekian dahulu dari ana serba sedikit yg ana dapat kongsi bersama.. Ana memohon ampun pada Allah dan meminta maaf pada semua yang baik datang dari ALLAH SWT dan yg buruk datang dari kelemahan ana sendiri.. Sekian... Maassalamah Waillalliqa'.. Assalamualaikum wbt.

Rabu, 8 Jun 2011

** "Heii!! Tutuplah Aurat.." **

          Assalamualaikum W.B.T...
          Alhamdulillah kerana sudah acap kali Allah SWT sentiasa mengurniakan kita nikmat didunia tanpa putus-putus malahan tidak henti walau sesaat pun dari Allah pada kita. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersyukur pada Allah dengan nikmat yangtelah Dia kurniakan pada kita. Nikmat yang saya maksudkan adalah yang paling pentingiaitu nikmat sihat tubuh badan dan masih diberi peluang untuk hidup didunia milik muthlakNya ini. Jika antum baca entri ini, sedarlah bahawa kita hanya hamba yang sangat hina disisi Allah.. Oleh itu, janganlah kita bersifat keduniaan semata-mata kerana ia bukanlah selamanya..

          Pada entri kali ini, ana ingin meluahkan sedikit pendapat ana mengenai apa itu AURAT kerana apa yang ana lihat pada masa kini, aurat semakin diabaikan. Setiap kali kita ingin menegur orang lain mengenai aurat, jawapan paling kerap didengar adalah 'macam laaa ko baik sgt, blah arr'... Inilah mentaliti manusia akhir zaman. Rakan-rakan,ana bukan sesiapa untuk berbicara mengenai ini tetapi hanya sekadar teguran untuk kitasama-sama berubah ke arah kebaikan InsyaAllah.. Mungkin kita dapat berbangga ketika didunia ini seperti 'Eleh, ape lah sgt aurat tu. Orang lain siap separuh bogel ko pegi laa tegur dia!" tetapi beranikah jika dia menyebutnya di hadapan Allah SWT kelak?? Salah satu contoh yang nyata pada masa kini adalah manusia akhir zaman ini apabila kebanyakkan manusia menzahirkan maksiat dan auratnya di khalayak ramai melalui  FACEBOOK... Janganlah salahgunakan medium itu untuk menunjuk-nunjuk perihal dunia anda pada semua.

          Ok.. Seterusnya ana teruskan dengan apa yang serba sedikit yang ana baca dari sumber-sumber lain dan ana tafsirkan disini mulanya berkenaan 13 aurat wanita dalam Islam:-

1. Bulu kening -
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng -
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan-Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. 
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian -
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya. - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi -
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher -
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan -
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata -
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan -
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
Dan dua isi dibawah ini yang PALING BANYAK pada masa kini sama ada tanpa disedari ataupun dengan sengaja.

12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut -
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Berikutnya saya teruskan dengan aurat bagi lelaki pula:-

  1. Situasi pertama : aurat lelaki bersama lelaki                                                                                                               

 - Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.       
 Sabda baginda bermaksud: “Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga  seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.”




  1. Situasi kedua : aurat lelaki bersama Mahra
Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.
Sekiranya mereka termasuk dalam golongan orang yang seperti bapa, adik beradik kandung, bapa saudaranya dan lain-lainnya maka aurat yang mesti ditutupi ialah bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lututnya.


  1. Situasi ketiga : aurat lelaki bersama wanita ajnabi
Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.
Manakala dalam kitab Hidayah al-Sibyan Fi Ma’rifah al-Islam Wa al-Iman mengatakanauratnya seluruh tubuhnya


iaitu tidak harus bagi seorang wanita melihat kepada seorang lelaki yang bukan mahramnya sama seperti tidak diharuskan seseorang lelaki itu melihatnya.
Tetapi jika lelaki itu suaminya, maka tidak timbul masalah aurat di antara keduanya, malah tidak ada apa yang dinamakan aurat di antara mereka.

Firman Allah S.W.T , al-Mukminun: 5 bermaksud:

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali isteri-isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.”




Sekian dulu dari ana, IsyaAllah jika masih diberi peluang dan ruang oleh Allah.. Ana akan menulis lagi... Sekian.. Ana memohon ampun pada Allah dan meminta maaf pada semua, yang baik hanya dari Allah dan yang buruk atas kelemahan ana sendiri.. Assalamualaikum...

Isnin, 23 Mei 2011

.: Basahkan lidahmu dengan Zikrullah :.





Assalamualaikum...


           Alhamdulillah, Allah masih lagi kurniakan ana dengan segala nikmat-nikmat di dunia ini untuk ana miliki dan kecapi semoga Allah terus memberi ruang kepada ana sebagai seorang hamba yang hina untuk menumpang di atas segala hasil ciptaan-Nya InsyaAllah. Disini ana ingin berkongsi serba sedikit mengenai ZIKRULLAH.


          Bila berbicara tentang SYURGA, ana pasti semua ingin menempatkan diri masing-masing di dalamnya tetapi dimana usaha kita untuk melayakkan kita melangkah masuk ke SYURGA Allah S.W.T. Adakah cukup dengan sekadar solat 5 waktu?? Sedekah Jariah Seminggu RM1 di tabung masjid?? ataupun hanya membantu ibu di dapur untuk menyiapkan juadah?? Dengan sebab inilah ana sebagai hamba Allah S.W.T yang hina ingin serba sedikit mendorong rakan-rakan ana mahupun diri ana sekali untuk kita sama-sama lebih mendekatkan diri pada Allah S.W.T iaitu Pencipta kita semua. 


          Disini ana lampirkan beberapa zikir yang boleh sentiasa kita baca untuk membasahi lidah kita dengan zikrullah. Ana turut jadikan rujukan ini juga sebagai salah satu wahana untuk diri ana sendiri untuk sentiasa mengingati supaya mendekatkan diri dengan Pencipta kita iaitu Allah S.W.T. Antara zikir-zikirnya ialah seperti:-




Zikir Pagi dan Petang :





"Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Esa dan selawat serta salam ke atas Nabi yang tidak ada lagi nabi selepasnya".








Rangkaian Zikir :


Zikir adalah penting dan merupakan satu ibadah untuk memelihara diri daripada gangguan iblis dan syaitan.Berikut ini adalah amalan zikir yang perlu diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali dan seelok-eloknya setiap hari.
















Berikut adalah contoh bacaan Yassin beserta zikir diatas:-




Jika video diatas mempunyai masalah, sila klik pautan dibawah:-



Zikir Harian:







Zkir Taubat:




          Inilah antara yang dapat ana senaraikan untuk antum semua semoga berguna dan InsyaAllah kita masing-masing bersama-sama basahkan lidah kita dengan alunan zikrullah ini. Sekian sahaja dulu dari ana, ana memohon ampun pada Allah dan meminta maaf pada semua. Yang baik dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan ana sendiri. Sekian. Assalamualaikum...