Blogger Backgrounds

Selasa, 5 Jun 2012

~Kau Pemilik Cintaku~ Part 2

Assalamualaikum...
Bismillah..

Alhamdulillah kerana pada hari Allah masih mengurniakan nikmat pada diri kita walaupun telah banyak dosa-dosa yang kita lakukan selama ini... Alhamdulillah...

Penulisan kali ini ana ingin sambung mengenai tajuk dari Part 1 dimana kisah mengenai cabaran, dugaan dan rintangan yang telah dilalui oleh salah seorang saudara Islam kita yang baru bagi mengekalkan dirinya masih kekal dalam Agama Allah...

Kisah pertama dimana gangster-gangster daripada agama asalnya telah cuba untuk membunuhnya kerana mereka telah mengetahui bahawa beliau telah memeluk Agama Islam... Mereka telah menuang minyak petrol pada badan beliau lantas menyalakan api... Tetapi dengan kuasa Allah... Api hanya menyambar pada bahagian betis beliau (beliau ada menunjukkan parut).. Tahukan kalian kenapa???? Kerana didalam poket beliau pada ketika itu terdapat Surah Yassin... Subhanallah... Mustahil api tidak boleh menyambar dalam keadaan badannya di basahi petrol.. Itulah Kuasa Allah..

Selain itu, beliau ada membawa sebuah Quran kecil didalam beg sandang beliau... Ketika samseng itu menggeledah beg beliau, Quran tersebut telah terjatuh ke tanah lantas telah disepak oleh ketua samseng tersebut.. Dengan kuasa Allah... 2 minggu selepas kejadian, beliau mengetahui satu berita mengenai ketua samseng itu telah mati digilis lori dan kakinya hancur!! Di dunia lagi Allah sudah tunjukkan balasanNya... Astaghfirullah...

Selepas cubaan untuk membakar beliau tidak berjaya... Samseng2 itu telah mengeluarkan parang dan memotong nadi beliau (juga ditunjukkan parut berserta bekas jahitan)... Selain itu, mereka juga telah menusuk sebilah pedang@parang panjang (xingat.. hehe) ke perut beliau... Beliau juga disepak terajang sehingga lemah.. Dengan secebis tenaga yang ada.. Beliau mengeluarkan kain yg ada di dalam begnya lalu membalut luka pada lengan tempat nadinya dipotong sambil berzikir LA ILA HA ILLALLAH!! Saat itu samseng2 itu telah melarikan diri... Sebelum beliau pengsan, beliau masih ingat bahawa ada beberapa org Islam yg lalu di kawasan itu dan membawa beliau ke hospital berdekatan...

Itulah antara Kuasa Allah yang telah Allah tunjukkan pada kita semua supaya kita sedar tentang kekuasaanNya... Firman Allah : "Jika engkau berpaling dari peringatanKu, kehidupanmu akan sempit di akhirat kelak"... Allahhu Rabbi...

Ini adalah serba sedikit penulisan dari kisah benar yang dialami oleh insan yang bergelar manusia dalam usaha untuk mengekalkan Agama Allah didalam dirinya... Semoga Allah mempermudahkan segalanya...

Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammim Bil Khoi.... Allahumma ameeennn....


Assalamualaikum...


Isnin, 4 Jun 2012

~Kau Pemilik Cintaku~ PART 1



Bismillah..

Alhamdulillah... Allah masih tidak putus-putus mengurniakan nikmat pada kita... Ruangkan masa anda sebentar setelah membaca ini utk berfikir.. Adakah kita bersyukur ke atas setiap perincian nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita walaupun sekecil-kecil zarah... Adakah kita bersyukur.. Fikirkan...

Hari ini ana ingin membawa satu cerita dari satu ceramah yang telah disampaikan oleh seorang saudara baru Islam.. Harap Maaf.. Ana terpaksa rahsiakan namanya kerana dia kini dicari oleh gangster agama asalnya dulu untuk di bunuh setelah cubaan membunuhnya sebelum ini menemui kegagalan.. Ayuh kita doakan keselamatan beliau..

Ana ceritakan serba sedikit tentang beliau. Beliau adalah seorang bekas sami di sebuah tokong yang terbesar didunia. Sebelum memeluk Islam, dia adalah seorg sami yg bertugas utk membakar mayat.. Sepanjang beliau menjalankan tugas banyak sekali Allah berikan petunjuk padanya tentang kebenaran Islam...

Pertama sekali, ana ingin ceritakan serba sedikit tentang petunjuk yang Allah telah beri padanya tentang kebenaran Islam.. Salah satunya adalah dia bertugas sebagai pembakar mayat. Setiap mayat yang dihantar dari Hospital ataupun tempat2 lain akan kepadanya berserta dokumen untuk dibakar.. Suatu hari, satu jasad telah dihantar kepadanya.. Dia merasa sangat pelik kerana keranda itu berlainan dari sebelum2 ini.. Dia mengarahkan anak buahnya utk menghentikan proses memasukkan jasad ke dalam ketuhar pembakar.

Lantas dia membuka penutup keranda tersebut. Dengan Kuasa Allah.. Dahi jasad itu bercahaya... Subhanallah... Dia terus memeriksa semula dokumen-dokumen si mati.. setelah disoal selidik dan dikaji.. Jasad itu adalah seorang muallaf.. Baru memeluk Islam.. Atas masalah pertukaran dokumen.. Dokumen si mati tidak dapat membuktikan bahawa si mati beragama Islam.. Lalu dia menghantar jasad tersebut pada pihak yang sepatutnya untuk diuruskan...

Yang kedua adala satu perkara yang dilakukan oleh ayahnya yang menimbulkan kemusykilan beliau.. Untuk pengetahuan semua.. Ayahnya adalah seorang Ketua Sami. Mengikut kitab mereka.. Seorg sami perlu membuka kasutnya dan dilarang meludah apabila melalui di hadapan Rumah Allah iaitu Masjid.

Ketika bapanya sedang memandu kereta, dia terlihat bapanya ternampak signboard ditepi jalan tertulis Masjid (siap gambar) 500M... Tentu semua penah tgk kan.. tepi2 jalan banyak bagi menunjukkan ada masjid dihadapan. Semasa sedang memandu itu, bapanya telah membuka kasut bagi memandu kereta melalui dihadapan masjid. Ini membuktikan bapanya taat dengan perintah kitab mereka untuk dilarang memakai kasut dihadapan masjid.

Dia pun berfikir... Lantas mengeluarkan satu kata-kata bahawa mereka( agama asalnya) sebenarnya sangat faham mengenai Islam.. Tetapi sayang.. Mereka ego untuk menganutinya...

Ana sambung sedikit lagi dimana saat dia melafazkan syahadahnya dihadapan Mufti Perak iaitu Dato Harussani.. Menurut saksi yang berada di tempat kejadian dimana setelah dilafazkan syahadah itu, terkeluar seperti suatu 'benda' hitam dari belakang badannya.. Apakah itu??? Wallahualam...


Dan seperti kebiasaannya.. Setiap saudara baru kita Allah akan uji dengan cabaran... Nantikan PART 2 utk mengetahui tentang bagaimana beliau pernah dipotong nadi, dibakar TETAPI tidak menyala, dipukul dan ditikam... Dengan kuasa Allah... Alhamdulillah, dugaan itu berjaya dihadapinya... Salam..


Jangan lupe komen yeww... Follow laa... hehehehe...