Alhamdulillah, pada penulisan kali ini penulis ingin mengimaginasikan para pembaca dengan suatu kembara penulis ke bumi Qatar pada Disember yang lalu..
Qatar adalah sebuah negara yang kecil dan hanya mempunyai keluasan sekitar 50KM X 100KM lebih kurang besar negeri perlis kot atau Qatar besar sikit... Negara ini mempunyai sekitar 1.7 juta penduduk dan penduduk yang sebetul2nya asal dari Qatar adalah sekitar 200,000 orang sahaja.. Skit kan tapi dasyat negara mereka nie... Selebihnya penduduk ini adalah pekerja2 dari luar negara Qatar yang menetap sama ada sebagai tenaga pakar ataupun sebagai buruh di Qatar.. Tengok gambar Qatar sikit..
This is Qatar
Sepanjang permusafiran penulis di Qatar, banyak perkara yang enulis tertarik dengan negara Qatar nie sebenarnya... Cerita akan menyusul... Dalam negara Qatar walaupun negara kiut miut tapi banyak jugak tempat menarik seperti Corniche, Souq Waqeef, Old Qatar, Modern Qatar dan macam2 lagi..
Mengikut kata Tourism Guide tue Qatar nie dibahagikan kepada dua bahagian untuk melawat iaitu Old Qatar dan Modern Qatar.. Old Qatar terdiri daripada pasar-pasar lama yang cantik, deretan kedai2 dengan seni binaan arab lama (macam dlm pilem p.ramlee tuu) dan tempat2 melepak untuk makan malam sambil santai2 dengan kawan-kawan atau keluarga..
Souq Waqeef
Binaan Arab Lama
Tempat orang tempatan lepak dan makan
Yang kedua pula adalah Modern Qatar.. Modern Qatar adalah bandar Qatar yang baru dimana seperti yang kebanyakkan yang kita lihat di kaca2 televisyen pada masa kini... Kebanyakkan binaan2 baru ini dibina diatas permukaan laut yang ditambak. Binaan ini terdiri daripada bangunan2 yang moden dan cantik..
Salah satu Mall untuk orang berada
Qatar
Nampak tak sayup2 jauh tue Qatar Moden
yang dibina atas laut yang ditambak
Bergambar bersama keluarga
Yang nie pula gambar salah satu projek binaan sebagai persiapan untuk World Cup nanti... Bina muzium pun da macam bentuk stadium daaa..
Muzium Qatar In da making
Kisah 1:
Antara kisah yang menarik perhatian penulis semasa di Qatar adalah bagaimana mereka memperkenalkan Islam pada yang bukan Islam.. Di satu tempat di bandar Doha, ada sebuah pusat pengajian untuk para penduduk muslim qatar mebaca dan mempelajari Al-Quran.. Yang menariknya adalah mereka membuka peluang kepada bukan Islam untuk mempelajari Al-Quran dengan bimbingan guru-guru yang terdapat di bandar Doha.. Usaha ini adalah dengan harapan supaya mereka mengenali Islam dan berminat untuk bersama-sama dalam Jemaah Islam.. Sebenarnya dekat Doha nie ramai orang melayu Malaysia yang bekerja contohnya dalam bidang oil & gas..
Kisah 2:
Orang-orang di Qatar nie sangat laa peramah dan mengalu-alukan kehadiran orang luar ke negara mereka.. Pembantu Tourisme Guide kami adalah salah seorang pelajar di salah sebuah Universiti swasta di Bandar Kuala Lumpur.. Jadi setiap penceritaan sepanjang perjalanan akan dikaitkan dengan tempat2 di Malaysia seperti sunway pyramid dan sebagainya.. Ini menjadikan penulis terasa lebih dekat dan tertarik untuk meng'explore' lagi negara Qatar nie... Best baq hangg..
Kisah 3:
Penulis nak tidur... jom tidur..
Sebelum tidur penulis nak belanje gambar awek kiut naik flight...
Sekian dulu... Nanti kita citer2 lagi... Assalamualaikum.. =)