Blogger Backgrounds

Selasa, 5 Jun 2012

~Kau Pemilik Cintaku~ Part 2

Assalamualaikum...
Bismillah..

Alhamdulillah kerana pada hari Allah masih mengurniakan nikmat pada diri kita walaupun telah banyak dosa-dosa yang kita lakukan selama ini... Alhamdulillah...

Penulisan kali ini ana ingin sambung mengenai tajuk dari Part 1 dimana kisah mengenai cabaran, dugaan dan rintangan yang telah dilalui oleh salah seorang saudara Islam kita yang baru bagi mengekalkan dirinya masih kekal dalam Agama Allah...

Kisah pertama dimana gangster-gangster daripada agama asalnya telah cuba untuk membunuhnya kerana mereka telah mengetahui bahawa beliau telah memeluk Agama Islam... Mereka telah menuang minyak petrol pada badan beliau lantas menyalakan api... Tetapi dengan kuasa Allah... Api hanya menyambar pada bahagian betis beliau (beliau ada menunjukkan parut).. Tahukan kalian kenapa???? Kerana didalam poket beliau pada ketika itu terdapat Surah Yassin... Subhanallah... Mustahil api tidak boleh menyambar dalam keadaan badannya di basahi petrol.. Itulah Kuasa Allah..

Selain itu, beliau ada membawa sebuah Quran kecil didalam beg sandang beliau... Ketika samseng itu menggeledah beg beliau, Quran tersebut telah terjatuh ke tanah lantas telah disepak oleh ketua samseng tersebut.. Dengan kuasa Allah... 2 minggu selepas kejadian, beliau mengetahui satu berita mengenai ketua samseng itu telah mati digilis lori dan kakinya hancur!! Di dunia lagi Allah sudah tunjukkan balasanNya... Astaghfirullah...

Selepas cubaan untuk membakar beliau tidak berjaya... Samseng2 itu telah mengeluarkan parang dan memotong nadi beliau (juga ditunjukkan parut berserta bekas jahitan)... Selain itu, mereka juga telah menusuk sebilah pedang@parang panjang (xingat.. hehe) ke perut beliau... Beliau juga disepak terajang sehingga lemah.. Dengan secebis tenaga yang ada.. Beliau mengeluarkan kain yg ada di dalam begnya lalu membalut luka pada lengan tempat nadinya dipotong sambil berzikir LA ILA HA ILLALLAH!! Saat itu samseng2 itu telah melarikan diri... Sebelum beliau pengsan, beliau masih ingat bahawa ada beberapa org Islam yg lalu di kawasan itu dan membawa beliau ke hospital berdekatan...

Itulah antara Kuasa Allah yang telah Allah tunjukkan pada kita semua supaya kita sedar tentang kekuasaanNya... Firman Allah : "Jika engkau berpaling dari peringatanKu, kehidupanmu akan sempit di akhirat kelak"... Allahhu Rabbi...

Ini adalah serba sedikit penulisan dari kisah benar yang dialami oleh insan yang bergelar manusia dalam usaha untuk mengekalkan Agama Allah didalam dirinya... Semoga Allah mempermudahkan segalanya...

Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammim Bil Khoi.... Allahumma ameeennn....


Assalamualaikum...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan