Blogger Backgrounds

Selasa, 5 Jun 2012

~Kau Pemilik Cintaku~ Part 2

Assalamualaikum...
Bismillah..

Alhamdulillah kerana pada hari Allah masih mengurniakan nikmat pada diri kita walaupun telah banyak dosa-dosa yang kita lakukan selama ini... Alhamdulillah...

Penulisan kali ini ana ingin sambung mengenai tajuk dari Part 1 dimana kisah mengenai cabaran, dugaan dan rintangan yang telah dilalui oleh salah seorang saudara Islam kita yang baru bagi mengekalkan dirinya masih kekal dalam Agama Allah...

Kisah pertama dimana gangster-gangster daripada agama asalnya telah cuba untuk membunuhnya kerana mereka telah mengetahui bahawa beliau telah memeluk Agama Islam... Mereka telah menuang minyak petrol pada badan beliau lantas menyalakan api... Tetapi dengan kuasa Allah... Api hanya menyambar pada bahagian betis beliau (beliau ada menunjukkan parut).. Tahukan kalian kenapa???? Kerana didalam poket beliau pada ketika itu terdapat Surah Yassin... Subhanallah... Mustahil api tidak boleh menyambar dalam keadaan badannya di basahi petrol.. Itulah Kuasa Allah..

Selain itu, beliau ada membawa sebuah Quran kecil didalam beg sandang beliau... Ketika samseng itu menggeledah beg beliau, Quran tersebut telah terjatuh ke tanah lantas telah disepak oleh ketua samseng tersebut.. Dengan kuasa Allah... 2 minggu selepas kejadian, beliau mengetahui satu berita mengenai ketua samseng itu telah mati digilis lori dan kakinya hancur!! Di dunia lagi Allah sudah tunjukkan balasanNya... Astaghfirullah...

Selepas cubaan untuk membakar beliau tidak berjaya... Samseng2 itu telah mengeluarkan parang dan memotong nadi beliau (juga ditunjukkan parut berserta bekas jahitan)... Selain itu, mereka juga telah menusuk sebilah pedang@parang panjang (xingat.. hehe) ke perut beliau... Beliau juga disepak terajang sehingga lemah.. Dengan secebis tenaga yang ada.. Beliau mengeluarkan kain yg ada di dalam begnya lalu membalut luka pada lengan tempat nadinya dipotong sambil berzikir LA ILA HA ILLALLAH!! Saat itu samseng2 itu telah melarikan diri... Sebelum beliau pengsan, beliau masih ingat bahawa ada beberapa org Islam yg lalu di kawasan itu dan membawa beliau ke hospital berdekatan...

Itulah antara Kuasa Allah yang telah Allah tunjukkan pada kita semua supaya kita sedar tentang kekuasaanNya... Firman Allah : "Jika engkau berpaling dari peringatanKu, kehidupanmu akan sempit di akhirat kelak"... Allahhu Rabbi...

Ini adalah serba sedikit penulisan dari kisah benar yang dialami oleh insan yang bergelar manusia dalam usaha untuk mengekalkan Agama Allah didalam dirinya... Semoga Allah mempermudahkan segalanya...

Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammim Bil Khoi.... Allahumma ameeennn....


Assalamualaikum...


Isnin, 4 Jun 2012

~Kau Pemilik Cintaku~ PART 1



Bismillah..

Alhamdulillah... Allah masih tidak putus-putus mengurniakan nikmat pada kita... Ruangkan masa anda sebentar setelah membaca ini utk berfikir.. Adakah kita bersyukur ke atas setiap perincian nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita walaupun sekecil-kecil zarah... Adakah kita bersyukur.. Fikirkan...

Hari ini ana ingin membawa satu cerita dari satu ceramah yang telah disampaikan oleh seorang saudara baru Islam.. Harap Maaf.. Ana terpaksa rahsiakan namanya kerana dia kini dicari oleh gangster agama asalnya dulu untuk di bunuh setelah cubaan membunuhnya sebelum ini menemui kegagalan.. Ayuh kita doakan keselamatan beliau..

Ana ceritakan serba sedikit tentang beliau. Beliau adalah seorang bekas sami di sebuah tokong yang terbesar didunia. Sebelum memeluk Islam, dia adalah seorg sami yg bertugas utk membakar mayat.. Sepanjang beliau menjalankan tugas banyak sekali Allah berikan petunjuk padanya tentang kebenaran Islam...

Pertama sekali, ana ingin ceritakan serba sedikit tentang petunjuk yang Allah telah beri padanya tentang kebenaran Islam.. Salah satunya adalah dia bertugas sebagai pembakar mayat. Setiap mayat yang dihantar dari Hospital ataupun tempat2 lain akan kepadanya berserta dokumen untuk dibakar.. Suatu hari, satu jasad telah dihantar kepadanya.. Dia merasa sangat pelik kerana keranda itu berlainan dari sebelum2 ini.. Dia mengarahkan anak buahnya utk menghentikan proses memasukkan jasad ke dalam ketuhar pembakar.

Lantas dia membuka penutup keranda tersebut. Dengan Kuasa Allah.. Dahi jasad itu bercahaya... Subhanallah... Dia terus memeriksa semula dokumen-dokumen si mati.. setelah disoal selidik dan dikaji.. Jasad itu adalah seorang muallaf.. Baru memeluk Islam.. Atas masalah pertukaran dokumen.. Dokumen si mati tidak dapat membuktikan bahawa si mati beragama Islam.. Lalu dia menghantar jasad tersebut pada pihak yang sepatutnya untuk diuruskan...

Yang kedua adala satu perkara yang dilakukan oleh ayahnya yang menimbulkan kemusykilan beliau.. Untuk pengetahuan semua.. Ayahnya adalah seorang Ketua Sami. Mengikut kitab mereka.. Seorg sami perlu membuka kasutnya dan dilarang meludah apabila melalui di hadapan Rumah Allah iaitu Masjid.

Ketika bapanya sedang memandu kereta, dia terlihat bapanya ternampak signboard ditepi jalan tertulis Masjid (siap gambar) 500M... Tentu semua penah tgk kan.. tepi2 jalan banyak bagi menunjukkan ada masjid dihadapan. Semasa sedang memandu itu, bapanya telah membuka kasut bagi memandu kereta melalui dihadapan masjid. Ini membuktikan bapanya taat dengan perintah kitab mereka untuk dilarang memakai kasut dihadapan masjid.

Dia pun berfikir... Lantas mengeluarkan satu kata-kata bahawa mereka( agama asalnya) sebenarnya sangat faham mengenai Islam.. Tetapi sayang.. Mereka ego untuk menganutinya...

Ana sambung sedikit lagi dimana saat dia melafazkan syahadahnya dihadapan Mufti Perak iaitu Dato Harussani.. Menurut saksi yang berada di tempat kejadian dimana setelah dilafazkan syahadah itu, terkeluar seperti suatu 'benda' hitam dari belakang badannya.. Apakah itu??? Wallahualam...


Dan seperti kebiasaannya.. Setiap saudara baru kita Allah akan uji dengan cabaran... Nantikan PART 2 utk mengetahui tentang bagaimana beliau pernah dipotong nadi, dibakar TETAPI tidak menyala, dipukul dan ditikam... Dengan kuasa Allah... Alhamdulillah, dugaan itu berjaya dihadapinya... Salam..


Jangan lupe komen yeww... Follow laa... hehehehe...

Rabu, 7 Mac 2012

~Titipan rinduku ke Bumi Suci~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.... Ana harap kita semua sentiasa berada di bawah lindungan RahmatNya... Ameen...
Di ketika dan saat ana menaipkan rintihan ini... Hati ana meruntun, merayu dan amat2 merindui Bumi Haram Makkah Mukarramah dan Madinah Munawwarah... Kenangan berada disana amat2 berharga..... Ana rindukan suasana disana dimana semua orang mengejar utk mencari redha Illahi... Byk yg menangis, merintih memohon redha illahi di hadapan Baitullah



Keadaan di dalam Masjid Al-Haram


Keadaan di dalam Masjid Al-Haram 2


Keadaan di dalam Masjid Al-Haram 3

Seringkali ana menitiskan air mata disaat bersolat didalam masjid ini kerana wujudnya suatu rasa ketenangan berada di dalam masjid ini... Tambahan pula jika solat itu di imamkan oleh Syeikh Dr Rahman Sudais..


Dataran Tawaf

Inilah tempat ana tinggalkan ummi ana sementara waktu pada malam itu atas permintaannya... Ana meninggalkan umi utk ana menunaikan rukun saie kerana ummi tidak menunaikan umrah sunat pada malam itu... Ummi menangis  kerana dia menceritakan pada ana... Dia merasakan hiba kerana apa yg dirasai pada malam itu sangat berbeza kerana jika anda perhatikan betol2... Tempat ini selari dengan Makam Ibrahim dan Pintu Kaabah.. Dia mrasa sangat tenang dan tidak pernah dialaminya sebelum ini....


Salah satu pintu masuk Masjid Al-Haram
yang berhadapan dengan Istana


Luar Masjid Al-Haram



Suasana ketika Musim Haji 1432H


Aku titipkan doa kepadaMu disetiap solatku... Ya Allah... Kembalikanlah daku ke sana Ya Allah.... Tiada tempat lain di sekelilingku lebih bahagia dan tenang melainkan disaat menjadi tetamuMu dan tetamu KekasihMu Ya Allah.... Ameen.... Illalliqa'.. Salam...

Sabtu, 28 Januari 2012

~ Kembara Bumi Mulia 3 (Ziarah 1) ~

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi peluang dan ruang supaya ana berkongsi serba sedikit pengalaman ana mengembara ke bumi haram Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah supaya mungkin dapat menjadi asbab supaya kita sama-sama berubah untuk menjadi lebih baik... InsyaAllah..

Pada post kali ini ana ingin menceritakan pula serba sedikit pengalaman ana ziarah awal hanya sekadar melawat tempat-tempat bagi melakukan ibadah haji dan bebeapa tempat-tempat bersjarah...

Tempat pertama yang kami lawati adalah Jabal Rahmah iaitu tempat bertemunya Adam dan Hawa setelah terpisah sekian lama...

Puncak bukit di belakang ana adalah tempatnya..

Bersama Ummi

Makanan kegemaran ummi di Makkah "AIS KRIM"..

Ana mengambil peluang menaiki jabal rahmah memantau sekitar pncak bukit... Banyak peniaga menjual barangan dan mereka memaksa saya membeli dengan meragut dan mengenggam lengan saya... Huhuhu.. Banyak jemaah dari negara-negara lain mencium tugu batu yang dibina disitu sambil  memeluk dan berdoa... Astaghfirullah... Syirik... Berdoalah pada Allah... Dialah Maha Mendengar... Terlampau ramai sehingga polis tidak mampu mengawal...

Kami meneruskan perjalanan melawat mina, arafah dan mudzalifah...

Sebahagian khemah di Mina

Kami hanya melihat serba sedikit supaya tidak terkejut dengan situasi sebenar ketika melakukan ibadah haji nanti... Ana kagum melihatnya kerana disinilah Rasulullah pernah berada dulu... Di Bumi inilah... Allah Huakbar... Ana rindukan Rasulullah... 

Perjalanan diteruskan ke Masjid Ja'ronah dimana salah satu tempat Rasulullah pernah Bermiqat suatu ketika dahulu... Bermiqat adalah salah satu tempat (di luar tanah haram) yang dibolehkan untuk berniat ihram bagi menunaikan umrah..


Masjid Ja'ronah

Ummi dan Abi

Merakam kenangan bersama di Masjid Ja'ronah

Sesudah itu, rombongan terus pulang kembali ke Hotel kami iaitu Wirdah Shateeb dan bagi mereka yang telah berniat ihram terus menunaikan umrah sunat...

Babul Fatah (No 43)

Pada malam, seperti biasa iaitu melihat Kaabah dan terus pulang ke Wirdah Shateeb untuk makan malam... Gambar diatas adalah salah satu pintu untuk memasuki Masjid Al-Haram.. Illalliqa'.. Assalamualaikum...

Isnin, 16 Januari 2012

~ Kembara Bumi Mulia 2 ~

Assalamualaikum...

Coretan hari ini ana teruskan dengan kembara ana mencari Cinta Hakiki di Bumi Haram Bumi Pilihan Allah... Seperti apa ana janjikan pada coretan sebelum ini, bagi entry kali ini ana akan menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman ana pertama kali menunaikan Umrah Wajib di Masjid Al-Haram..

Selepas kagum dan terharunya ana setelah melihat Kaabah secara 'live' ana meneruskan langkah menuju ke suatu sudut Rukun Yamani untuk ana memulakan tawaf... Sengaja ana mulakan di belakang sedikit bagi mengelakkan timbulnya rasa was2.. Sebelum tiba di Makkah, ana merasakan tidak yakin untuk melakukan semua rukun... Tp Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya... Yg pntg berdoa...

Suasana Dhuha

Alhamdulillah... 

Selesai sudah ibadah tawaf... Ada juga laa pengalaman ana tersepit celah2 Pak Arab... Ana sama paras dengan dada dia jer... Tp yg paling best ana boley menyelinap celah2 dorg... hik3... Mcm main Roller Coaster pon ada.. Doa yg tertera dalam buku ana xdapat baca kerana keadaan tawaf agak sesak... Oleh itu, ana hanya banyakkan berzikir... 

Sesudah itu ana menunaikan solat sunat tawaf... Itulah Solat sunat pertama ana di Masjidil Haram.. Sangat memilukan hati kerana disaat ana berdoa.. Air mata mencurah2 ke pipi menyesali segala perbuatan lalu... Tp Allah masih xjemu memberi peluang kepada ana.. Allah...

Keadaan tempat sa'ie bawah tanah

Ana meneruskan ke rukun seterusnya iaitu sa'ie.. Jarak sa'ie kalau tak salah ana 423M bagi satu laluan... Nampak mcm jauh... Tp sbenarnya semua Allah da permudahkan... Alhamdulillah... Cuma ada laaa rsa sakit urat belikat skit... besa laa tue... hehehehe... 

 Sesudah selesai dan bercukur... Tamat sudah umrah wajib ana dan bolehlah bertahallul... Seperti kebiasaan ana menunaikan solat asar di Masjid Al-Haram dan Solat Maghrib serta Isya'..


Buat kali pertama merasakan nikmat solat di Masjid yg Mulia di hadapan Kaabah... Sangat indah rasanya... Tidak dapat ana gambarkan disini... 

Istana Raja Arab Saudi

Sesudah selesai solat isya'... Ana.ibu dan ayah bersama2 meninjau permandangan Kaabah dari tingkat 2 Masjid... Sangat menenangkan dan ana menadah tangan serta berdoa ke hadrat Illahi... 

Permandangan dari Tingkat 2

Luar Masjid Haram

Kemudian kami pulang semula ke Wirdah Shateeb untuk makan malam dan seterusnya bersiar-siar melawat sekitar hotel.. (Tawaf Kedai)... hehehehhe...

Ana amat2 rindukan suasana di sana... Illalliqa'... Salam

Ahad, 15 Januari 2012

~ Kembara Bumi Mulia 1 ~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Allah masih memberi ruang untuk ana bg mencoret lg kisah2 ana di Bumi Haram Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah... Kali ini ana akan ceritakan serba sedikit apabila ana pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Arab Saudi dan Bumi Haram Makkah Al-Mukarramah...

Tanggal 19 Oktober 2011 adalah satu tarikh paling bersejarah dalam hidup ana iaitu ana dijemput untuk menyahut seruan Illahi bagi menunaikan Haji bagi tahun 1432H bersamaan 2011M.. Ana ke Tanah Suci bersama dengan ibu dan ayah ana.

Pertama sekali kami berhimpun di Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang sebagai Jemaah Haji KT59 bagi menguruskan semua urusan2 lain terlebih dahulu seperti membuat kad ATM VISA dan sebagainya... Kami dihantar oleh keluarga yg paling rapat dan keluarga kami sendiri ke sana... Sesudah selesai menguruskan hal dengan Bank Islam dan penukaran wang kami melalui satu saat yang memilukan kerana terpaksa meninggalkan keluarga, dan semua urusan dunia bagi menyahut panggilan Illahi...

Kami bersalaman dan berpeluk cium dan dan hati ana terdetik adakah Allah akan pertemukan kami lagi.. Jika tidak dipertemukan lagi, ana mohon untuk Allah pertemukan kami di syurga Allah.. InsyaAllah... Keluarga mula bergerak pulang dan lambaian kesedihan mula terpancar di wajah setiap kami.. Ana menangis dan memeluk erat adik beradik ana.. Saat ini ana rasakan hubungan yg amat rapat antara kami...
Ana membimbing ayah ana ke bilik manakala ibu ana ditempatkan bersama dengan jemaah wanita yang lain di bilik lain..

Didalam bilik ana ditempatkan bersama dengan 3 orang jemaah lain dan kami mula membuat persiapan sebelum dipanggil berkumpul untuk check-in.. Kami menunaikan solat sunat ihram dan mula bersedia untuk turun berkumpul..

Hati pada setiap jemaah berdebar dan sebelum menaiki bas untuk ke Lapangan Terbang, Azan dilaungkan oleh seorang ustaz.. Sgt merdu dan kebanyakkan jemaah menitiskan air mata kerana kami kini menyahut panggilanMu Ya Allah... Permudahkanlah segala urusan kami...

Setelah 8 jam dalam penerbangan,
kami tiba di Jeddah pukul 8 mlm masa jeddah.. 

Semua Jemaah KT 59 berpecah dan mula mengikut arahan mutawwif masing2.. Bagi Jemaah Haji Rahman Brothers, Kumpulan ana diketuai oleh Ustazah Aishah dan mula bertolak ke hotel kami iaitu Wirdah Shateeb.. Saat ini, kami sudahpun berihram setelah berniat ihram di Qarnul Manazil semasa di atas penerbangan tadi.

Sepanjang perjalanan menaiki bas untuk ke hotel, bas ada singgah di R&R dan beberapa pekerja mengedarkan makanan dan coklat kepada jemaah sambil menyebut "Halal! Halal!" menandakan ia adalah pemberian kepada Jemaah Haji.. Tersenyum kami melihat gelagat mereka.. Saat tiba di hadapan hotel, Ustazah berpesan untuk turun bas menggunakan kaki kanan dahulu kerana kini kami berada di Bumi Haram Bumi Pilihan Allah..

Pintu Marwah Masjid Al-Haram

Kami tiba di hotel pada jam 4 pagi waktu Makkah.. Selepas selesai solat subuh dan menghantar barang ke bilik dan sebagainya, Ustazah memberi arahan supaya semua jemaah berkumpul di lobi hotel pada jam 6 pagi untuk menunaikan Umrah Wajib.

Jemaah berpusu-pusu ke Masjid Al-Haram


Setelah berjalan sejauh 200M.. Kami tiba di Pintu Marwah Masjidil Haram.. Ana mula sebak di dalam hati.. Ya Allah.. Sampai juga ana di Masjid yg hebat ganjaran pahalanya ini... Masuk saja pintu marwah ana mula menjenguk mencari Baitul Ateeq ataupun Kaabah... Ustazah Aishah tersenyum melihat ana sambil berkata 
"Sabar wan, Kaabah depan lagi".. Ana tersenyum sendirian..
Setelah berjalan lebih kurang 100M, ana menoleh ke kanan dan terlihat di suatu sudut tersergam indahnya Baitul Haram... Tidak semena-mena air mata mencurah keluar... "Ya Allah, Aku sahut panggilanMu Ya Allah, Aku didepan rumahMu Ya Allah"... 


Kaabah

Mata ana tidak jemu2 memandang Kaabah... Subhanallah... Sgt2 cantik... Jika di Malaysia ana solat menghadap kiblat tanpa mampu melihat... Kini Kaabah dihadapan mata ana... Allah Huakbar!!
Ana menangis ambil berjalan..... IndahNya Allah... Sgt besar ganjaranMu kepadaku Ya Allah... Alhamdulillah...

Merakam kenangan Ibu ana bersama Kaabah

InsyaAllah pada entry yang akan datang ana akan ceritakan pengalaman mengerjakan Umrah Wajib dan sunat dan serba sedikit ziarah luar menjejak Sejarah Semulia-mulia Makhluk Junjungan Mulia Rasulullah SAW.. Sehingga bertemu lagi... InsyaAllah... Salam...

~Suatu Penghijrahan~

Assalamualaikum...


Alhamdulillah... Selesai sudah satu perjalanan ana Kembara Di Bumi Suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah.. Pada post kali nie, ana ingin menceritakan bagaimana penghijrahan ana untuk berada di jalan sekarang...


Sekarang nie pon bukan ana baik sgt sampai tahap ustaz... Cuma sedikit penghijrahan ana untuk berubah menjadi lebih baik dari diri ana yg dulu..


Sebgai satu perkongsian semoga rakan-rakan ana tidak takut untuk berubah.. Banyak remaja kini takut untuk berubah sedangkan dalam hatinya meronta-ronta untuk kenal Jalan Allah yg Hakiki.. Tapi takut dgn tohmahan dan kritikan org lain... 


Ingat!!! Kritikan org lain adalah satu "Power Boost" utk kita yg inginkan suatu perubahan dalam hidup ini...


Pada mula ibu ana menyatakan hasratnya untuk bawak ana ke Tanah Suci.. Ana kurang yakin kerana merasakan diri nie "KOSONG" ana ulang "KOSONG" dari mempunyai ilmu2 Allah...


Sejak dari itu.. Ibu ana sering bergenang air matanya bila sebut tntg ini... " Mak tringin nak pegi Makkah sblum mak Tiada"... Hinanya ana jika ana sebagai anak sanggup utk menidakkan permintaan ibu ana... 


Sebelum ini, hidup ana tidak pernah mengecapi suatu nikmat daripada Allah iaitu "Ketenangan".. Sering rasa gusar dalam hidup.. Sering lalai dengan pujukan syaitan.. Hinanya ana..


Sebelum ibu ana menyatakan hasratnya untuk bawa ana ke Tanah Suci, ana ada terdetik hati untuk berubah... Ana mulakan dgn  "Jejakkan kaki ke Surau Nurul Iman"... Menangis ana apabila pulang kerana sebelum ini ana jarang merasai hebatnya ganjaran pahala berjemaah di surau.. Sebelum ini ana takut melangkah ke surau kerana takut dengan ejekan org.. Biasalah... Bukan mudah utk berubah...


Percayakah anda!!!!! Hanya hati ana terdetik untuk berubah dan mulakan langkah pertama ana... Allah menarik, menyedut ana untuk mendekatiNya.... Benarlah ungkapan ini.. "Selangkah Kita mendekati Allah, Beribu langkah Allah menghampiri kita"... Allah menjemput ana sbg TetamuNya dan sbg tetamu kekasihNya... Alhamdulillah... 


Saat ini.. Ana hanya mampu berkata "Ya Allah, aku byk sgt berbuat dosa padaMu Ya Allah... Tetapi nikmatMu tidak pernah Kau tarik dari diri ini... Aku bersujud dan menyerah padaMu Allah dengan Kalimah La Ila Ha Illallah...."


Semenjak dari saat itu, ana mula kenal dengan ustaz-ustaz muda.... Wujud dalam hati ini.. Indahnya hidup cara Islam seperti mereka.. Kerana sebelum ini ana kurang sgt pendedahan dengan agama yg mendalam.. Ana kagum dengan mereka.. Mereka banyak membimbing ana.. Mengajak kepada yg lebih baik... 


Selepas itu... Ana berfikir... Ya Allah.. Aku bersyukur kerana Engkau tidak mengambil nyawaku disaat aku tidak sedar akan kesalahanku... Hinanya aku disisiMu Ya Allah...  


Ana mengambil keputusan untuk melunaskan hasrat ibu ana untuk mengikutinya ke Tanah Suci... Tidak dapat digambarkan perasaan ibu ana ketika itu... Ibu peluk dan Cium pipi ana!!! Ana berlari ke dalam bilik lalu menitiskan air mata... Ya Allah... Sgt besar ganjaranMu padaKu Ya Allah... Indahnya Hidayah mu Ya Allah..


Mulai saat itu, ana mula dari bawah untuk mencari apa itu Islam... Adakah jika ana seperti dulu layak utk di panggil "Islam"??! Allah Maha Mengetahui pada setiap apa yg diciptakanNya... Perencanaan Allah sgt baik... Ketenangan kini ana mula kian rasai... Ya Allah... Indahnya Islam... 


Wahai sahabat dan sahabiah ana... JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH!!! Innallah Ma'ana.. Allah sentiasa bersama kita.... Yaallah... Yaallah Ya Shabab!! Ayuh mulakan perubahan... Sampai bila kita ingin berada di takuk lama?? Dunia sudah berada di akhir zaman.... Ayuh berubah... Salam...