Alhamdulillah.... Ana harap kita semua sentiasa berada di bawah lindungan RahmatNya... Ameen...
Di ketika dan saat ana menaipkan rintihan ini... Hati ana meruntun, merayu dan amat2 merindui Bumi Haram Makkah Mukarramah dan Madinah Munawwarah... Kenangan berada disana amat2 berharga..... Ana rindukan suasana disana dimana semua orang mengejar utk mencari redha Illahi... Byk yg menangis, merintih memohon redha illahi di hadapan Baitullah
Keadaan di dalam Masjid Al-Haram
Keadaan di dalam Masjid Al-Haram 2
Keadaan di dalam Masjid Al-Haram 3
Seringkali ana menitiskan air mata disaat bersolat didalam masjid ini kerana wujudnya suatu rasa ketenangan berada di dalam masjid ini... Tambahan pula jika solat itu di imamkan oleh Syeikh Dr Rahman Sudais..
Dataran Tawaf
Inilah tempat ana tinggalkan ummi ana sementara waktu pada malam itu atas permintaannya... Ana meninggalkan umi utk ana menunaikan rukun saie kerana ummi tidak menunaikan umrah sunat pada malam itu... Ummi menangis kerana dia menceritakan pada ana... Dia merasakan hiba kerana apa yg dirasai pada malam itu sangat berbeza kerana jika anda perhatikan betol2... Tempat ini selari dengan Makam Ibrahim dan Pintu Kaabah.. Dia mrasa sangat tenang dan tidak pernah dialaminya sebelum ini....
Salah satu pintu masuk Masjid Al-Haram
yang berhadapan dengan Istana
Luar Masjid Al-Haram
Suasana ketika Musim Haji 1432H
Aku titipkan doa kepadaMu disetiap solatku... Ya Allah... Kembalikanlah daku ke sana Ya Allah.... Tiada tempat lain di sekelilingku lebih bahagia dan tenang melainkan disaat menjadi tetamuMu dan tetamu KekasihMu Ya Allah.... Ameen.... Illalliqa'.. Salam...
xsabar nak jadi tetamu Allah...insyaallah satu hari nanti.. :)
BalasPadamAmin Ya Rabb
BalasPadam