Blogger Backgrounds

Ahad, 15 Januari 2012

~ Kembara Bumi Mulia 1 ~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Allah masih memberi ruang untuk ana bg mencoret lg kisah2 ana di Bumi Haram Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah... Kali ini ana akan ceritakan serba sedikit apabila ana pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Arab Saudi dan Bumi Haram Makkah Al-Mukarramah...

Tanggal 19 Oktober 2011 adalah satu tarikh paling bersejarah dalam hidup ana iaitu ana dijemput untuk menyahut seruan Illahi bagi menunaikan Haji bagi tahun 1432H bersamaan 2011M.. Ana ke Tanah Suci bersama dengan ibu dan ayah ana.

Pertama sekali kami berhimpun di Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang sebagai Jemaah Haji KT59 bagi menguruskan semua urusan2 lain terlebih dahulu seperti membuat kad ATM VISA dan sebagainya... Kami dihantar oleh keluarga yg paling rapat dan keluarga kami sendiri ke sana... Sesudah selesai menguruskan hal dengan Bank Islam dan penukaran wang kami melalui satu saat yang memilukan kerana terpaksa meninggalkan keluarga, dan semua urusan dunia bagi menyahut panggilan Illahi...

Kami bersalaman dan berpeluk cium dan dan hati ana terdetik adakah Allah akan pertemukan kami lagi.. Jika tidak dipertemukan lagi, ana mohon untuk Allah pertemukan kami di syurga Allah.. InsyaAllah... Keluarga mula bergerak pulang dan lambaian kesedihan mula terpancar di wajah setiap kami.. Ana menangis dan memeluk erat adik beradik ana.. Saat ini ana rasakan hubungan yg amat rapat antara kami...
Ana membimbing ayah ana ke bilik manakala ibu ana ditempatkan bersama dengan jemaah wanita yang lain di bilik lain..

Didalam bilik ana ditempatkan bersama dengan 3 orang jemaah lain dan kami mula membuat persiapan sebelum dipanggil berkumpul untuk check-in.. Kami menunaikan solat sunat ihram dan mula bersedia untuk turun berkumpul..

Hati pada setiap jemaah berdebar dan sebelum menaiki bas untuk ke Lapangan Terbang, Azan dilaungkan oleh seorang ustaz.. Sgt merdu dan kebanyakkan jemaah menitiskan air mata kerana kami kini menyahut panggilanMu Ya Allah... Permudahkanlah segala urusan kami...

Setelah 8 jam dalam penerbangan,
kami tiba di Jeddah pukul 8 mlm masa jeddah.. 

Semua Jemaah KT 59 berpecah dan mula mengikut arahan mutawwif masing2.. Bagi Jemaah Haji Rahman Brothers, Kumpulan ana diketuai oleh Ustazah Aishah dan mula bertolak ke hotel kami iaitu Wirdah Shateeb.. Saat ini, kami sudahpun berihram setelah berniat ihram di Qarnul Manazil semasa di atas penerbangan tadi.

Sepanjang perjalanan menaiki bas untuk ke hotel, bas ada singgah di R&R dan beberapa pekerja mengedarkan makanan dan coklat kepada jemaah sambil menyebut "Halal! Halal!" menandakan ia adalah pemberian kepada Jemaah Haji.. Tersenyum kami melihat gelagat mereka.. Saat tiba di hadapan hotel, Ustazah berpesan untuk turun bas menggunakan kaki kanan dahulu kerana kini kami berada di Bumi Haram Bumi Pilihan Allah..

Pintu Marwah Masjid Al-Haram

Kami tiba di hotel pada jam 4 pagi waktu Makkah.. Selepas selesai solat subuh dan menghantar barang ke bilik dan sebagainya, Ustazah memberi arahan supaya semua jemaah berkumpul di lobi hotel pada jam 6 pagi untuk menunaikan Umrah Wajib.

Jemaah berpusu-pusu ke Masjid Al-Haram


Setelah berjalan sejauh 200M.. Kami tiba di Pintu Marwah Masjidil Haram.. Ana mula sebak di dalam hati.. Ya Allah.. Sampai juga ana di Masjid yg hebat ganjaran pahalanya ini... Masuk saja pintu marwah ana mula menjenguk mencari Baitul Ateeq ataupun Kaabah... Ustazah Aishah tersenyum melihat ana sambil berkata 
"Sabar wan, Kaabah depan lagi".. Ana tersenyum sendirian..
Setelah berjalan lebih kurang 100M, ana menoleh ke kanan dan terlihat di suatu sudut tersergam indahnya Baitul Haram... Tidak semena-mena air mata mencurah keluar... "Ya Allah, Aku sahut panggilanMu Ya Allah, Aku didepan rumahMu Ya Allah"... 


Kaabah

Mata ana tidak jemu2 memandang Kaabah... Subhanallah... Sgt2 cantik... Jika di Malaysia ana solat menghadap kiblat tanpa mampu melihat... Kini Kaabah dihadapan mata ana... Allah Huakbar!!
Ana menangis ambil berjalan..... IndahNya Allah... Sgt besar ganjaranMu kepadaku Ya Allah... Alhamdulillah...

Merakam kenangan Ibu ana bersama Kaabah

InsyaAllah pada entry yang akan datang ana akan ceritakan pengalaman mengerjakan Umrah Wajib dan sunat dan serba sedikit ziarah luar menjejak Sejarah Semulia-mulia Makhluk Junjungan Mulia Rasulullah SAW.. Sehingga bertemu lagi... InsyaAllah... Salam...

7 ulasan:

  1. tq akhi...amat beruntung akhi..doakan peluang ciksu plak ke sana...sayu rasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah... Kamu bercakap nie pon Allah da dgr... InsyaAllah Dia jemput xlama lagi...

      Padam
  2. Balasan
    1. Syukran kerana baca pengkisahan ana...

      Padam
  3. Balasan
    1. InsyaAllah... Syukran kerana sudi membaca..

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam