Alhamdulillah... Selesai sudah satu perjalanan ana Kembara Di Bumi Suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah.. Pada post kali nie, ana ingin menceritakan bagaimana penghijrahan ana untuk berada di jalan sekarang...
Sekarang nie pon bukan ana baik sgt sampai tahap ustaz... Cuma sedikit penghijrahan ana untuk berubah menjadi lebih baik dari diri ana yg dulu..

Ingat!!! Kritikan org lain adalah satu "Power Boost" utk kita yg inginkan suatu perubahan dalam hidup ini...
Pada mula ibu ana menyatakan hasratnya untuk bawak ana ke Tanah Suci.. Ana kurang yakin kerana merasakan diri nie "KOSONG" ana ulang "KOSONG" dari mempunyai ilmu2 Allah...
Sejak dari itu.. Ibu ana sering bergenang air matanya bila sebut tntg ini... " Mak tringin nak pegi Makkah sblum mak Tiada"... Hinanya ana jika ana sebagai anak sanggup utk menidakkan permintaan ibu ana...
Sebelum ini, hidup ana tidak pernah mengecapi suatu nikmat daripada Allah iaitu "Ketenangan".. Sering rasa gusar dalam hidup.. Sering lalai dengan pujukan syaitan.. Hinanya ana..

Percayakah anda!!!!! Hanya hati ana terdetik untuk berubah dan mulakan langkah pertama ana... Allah menarik, menyedut ana untuk mendekatiNya.... Benarlah ungkapan ini.. "Selangkah Kita mendekati Allah, Beribu langkah Allah menghampiri kita"... Allah menjemput ana sbg TetamuNya dan sbg tetamu kekasihNya... Alhamdulillah...
Saat ini.. Ana hanya mampu berkata "Ya Allah, aku byk sgt berbuat dosa padaMu Ya Allah... Tetapi nikmatMu tidak pernah Kau tarik dari diri ini... Aku bersujud dan menyerah padaMu Allah dengan Kalimah La Ila Ha Illallah...."
Semenjak dari saat itu, ana mula kenal dengan ustaz-ustaz muda.... Wujud dalam hati ini.. Indahnya hidup cara Islam seperti mereka.. Kerana sebelum ini ana kurang sgt pendedahan dengan agama yg mendalam.. Ana kagum dengan mereka.. Mereka banyak membimbing ana.. Mengajak kepada yg lebih baik...
Selepas itu... Ana berfikir... Ya Allah.. Aku bersyukur kerana Engkau tidak mengambil nyawaku disaat aku tidak sedar akan kesalahanku... Hinanya aku disisiMu Ya Allah...

Mulai saat itu, ana mula dari bawah untuk mencari apa itu Islam... Adakah jika ana seperti dulu layak utk di panggil "Islam"??! Allah Maha Mengetahui pada setiap apa yg diciptakanNya... Perencanaan Allah sgt baik... Ketenangan kini ana mula kian rasai... Ya Allah... Indahnya Islam...
Wahai sahabat dan sahabiah ana... JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH!!! Innallah Ma'ana.. Allah sentiasa bersama kita.... Yaallah... Yaallah Ya Shabab!! Ayuh mulakan perubahan... Sampai bila kita ingin berada di takuk lama?? Dunia sudah berada di akhir zaman.... Ayuh berubah... Salam...
Assalamualaikum, ana setuju dgn kata-kata akhi "Kritikan org lain adalah satu "Power Boost" utk kita yg inginkan suatu perubahan dalam hidup ini..." sebelum ni, ana sendiri pernah dipulaukan rakan2 krn ana mengambil keputusan utk berubah.
BalasPadamtapi dlm fikiran ana, Allah hnya uji org yg btul2 kuat kan?
semoga ana juga terpilih utk jd tetamu Allah satu hari nanti, inysaAllah.
Syukran kerana membaca... Ya... Allah uji kita ikut kemampuan kita... Jgn risau... Hidayah milik Allah... Berdoalah... InsyaAllah ana doakan Allah pilih anti sbg dhuyufurrahman suatu hari nanti... Allahhumma Amin... InsyaAllah...
Padamjangan takut untuk berubah...takut la jika diri x sempat untuk berubah...takut la jika diri dimatikan dlm keadaan tidak berubah...smkin diri cuba berubah smkin byk dugaannya...skali melangkah jgn berfikir untuk mengundur..melangkah terus ke dpn..itu la perasaan ku akhi...
BalasPadamAlhamdulillah jika rasa begitu.... Syukur Alhamdulillah...
Padamsemoga penghijrahan itu kekal abadi
BalasPadam