Blogger Backgrounds

Sabtu, 28 Januari 2012

~ Kembara Bumi Mulia 3 (Ziarah 1) ~

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi peluang dan ruang supaya ana berkongsi serba sedikit pengalaman ana mengembara ke bumi haram Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah supaya mungkin dapat menjadi asbab supaya kita sama-sama berubah untuk menjadi lebih baik... InsyaAllah..

Pada post kali ini ana ingin menceritakan pula serba sedikit pengalaman ana ziarah awal hanya sekadar melawat tempat-tempat bagi melakukan ibadah haji dan bebeapa tempat-tempat bersjarah...

Tempat pertama yang kami lawati adalah Jabal Rahmah iaitu tempat bertemunya Adam dan Hawa setelah terpisah sekian lama...

Puncak bukit di belakang ana adalah tempatnya..

Bersama Ummi

Makanan kegemaran ummi di Makkah "AIS KRIM"..

Ana mengambil peluang menaiki jabal rahmah memantau sekitar pncak bukit... Banyak peniaga menjual barangan dan mereka memaksa saya membeli dengan meragut dan mengenggam lengan saya... Huhuhu.. Banyak jemaah dari negara-negara lain mencium tugu batu yang dibina disitu sambil  memeluk dan berdoa... Astaghfirullah... Syirik... Berdoalah pada Allah... Dialah Maha Mendengar... Terlampau ramai sehingga polis tidak mampu mengawal...

Kami meneruskan perjalanan melawat mina, arafah dan mudzalifah...

Sebahagian khemah di Mina

Kami hanya melihat serba sedikit supaya tidak terkejut dengan situasi sebenar ketika melakukan ibadah haji nanti... Ana kagum melihatnya kerana disinilah Rasulullah pernah berada dulu... Di Bumi inilah... Allah Huakbar... Ana rindukan Rasulullah... 

Perjalanan diteruskan ke Masjid Ja'ronah dimana salah satu tempat Rasulullah pernah Bermiqat suatu ketika dahulu... Bermiqat adalah salah satu tempat (di luar tanah haram) yang dibolehkan untuk berniat ihram bagi menunaikan umrah..


Masjid Ja'ronah

Ummi dan Abi

Merakam kenangan bersama di Masjid Ja'ronah

Sesudah itu, rombongan terus pulang kembali ke Hotel kami iaitu Wirdah Shateeb dan bagi mereka yang telah berniat ihram terus menunaikan umrah sunat...

Babul Fatah (No 43)

Pada malam, seperti biasa iaitu melihat Kaabah dan terus pulang ke Wirdah Shateeb untuk makan malam... Gambar diatas adalah salah satu pintu untuk memasuki Masjid Al-Haram.. Illalliqa'.. Assalamualaikum...

2 ulasan: